Amy Search Buat Keputusan Untuk Tukar Protege Mentor Legend !!!

Ya memang Abang Nara ada terdengar desas-desus seorang mentor yang tidak puas hati dengan protege yang dipilihnya. Tertanya-tanya juga sama ada mentor tersebut akan membuat pemilihan semula. Akhirnya persoalan itu terjawab semalam di dalam episod terbaru Mentor Legend. Amy Search telah membuat pusingan u dan menukar protege yang telah dipilihnya minggu lalu.
amy search u turn protege Untuk makluman, minggu lepas Amy Search telah memilih Zulhimi, seorang penyanyi jalanan. Namun malam semalam, Zulhimi sekali lagi telah bertarung dengan Sarah (protege yang tidak dipilih). Akhirnya Amy Search telah membuat keputusan untuk membimbing Sarah untuk Mentor Legend dan mengenepikan Zulhimi. Ditanya mengenai kejutan ini, Amy Search enggan mengulas lanjut dan menganggap keputusannya ini adalah terbaik.

amy search u turn protegeApa pun ketika pemilihan Zulhilmi dilakukan minggu lalu, laman sosial Amy Search dihujani dengan kata-kata tidak puas hati oleh para peminat yang mempertikaikan keputusannya. Jadi dengan keputusan ‘u turn’ ini, diharap semua peminat berpuas hati. Selamat berjaya diucapkan kepada Sarah. Kepada Zulhilmi, sila jangan sedih. Insya Allah ada rezeki di tempat lain. Beautifulnara.com 
P/S: Korang rasa siapa yang lebih layak diantara mereka berdua? Zulhilmi atau Sarah?

0 Response to "Amy Search Buat Keputusan Untuk Tukar Protege Mentor Legend !!!"

Post a Comment