Gambar Rumah Rasulullah Di Mekah DiDedahkan Untuk Tatapan Umum Secara Eksklusif !!! (7 Foto)

Nabi Muhammad s.a.w ialah manusia yang paling mulia disisi Allah dan yang paling ajaib baginda merupakan antara manusia paling berpengaruh sepanjang zaman. Baginda pada hidupnya dahulu berada di tengah-tengah kelompok masyarakat negeri Arab yang pelbagai suku namun mampu bernaung dibawah kepimpinannya namun hidaupnya ketika itu penuh dengan sifat kesederhanaan. 

Baginda yang berakhlak mulia dan tidak pernah letih dan jemu membimbing umat manusia dan membawa manusia kembali kepada fitrah asal manusia yakni memperhambakan diri kepada tuhan baginda hidup bersama isteri tercintanya Khadijah ur. ' di rumah yang serba sederhana. Di sin kami ingin share beberapa gambar eksklusif rumah baginda dan isterinya Siti Khadijah ketika baginda menetap di Mekah sebelum dan sebelum berhijrah ke Madinah. Mesti ramai yang belum pernah lihat, kami sharekan foto ini untuk tatapan kesemua pencinta baginda rasul yang disayangi.

Sebelum itu marilah kita beramai-ramai berselawat keatas baginda dulu sebelum tengok foto berikut :)

Dari hadith: [An-Nasa'iy/ 1292, sahih]
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.

Ini adalah foto rumah baginda rasul junjungan kita dan isterinya Sayyidah Khadijah r.ha, tempat baginda dan isteri berdua menetap selama lebih kurang 28 tahun.

Di atas ini adalah gambar dari sisa runtuhan rumah baginda Sayyidah Khadijah r.ha yang diambil fotonya lebih dekat.

Gambar di atas ini pula adalah merupakan sisa runtuhan pintu masuk ke bilik Rasul Saw di rumah Sayyidah Khadijah r.ha

ini adalah tempat dimana Sayyidah Fatimah r.ha, puteri kesayangan Rasulullah Saw dilahirkan.

 Ini adalah sisa runtuhan kamar Rasul Saw dan Sayyidah Khadijah r.ha

ini pula merupakan bekas runtuhan mihrab tempat baginda bersolat 

last sekali ni murapakan makam Sayyidah Khadijah r.ha (yang besar) dan puteranya, 
Qasim (yang kecil) di sudut tepi. sumber

0 Response to "Gambar Rumah Rasulullah Di Mekah DiDedahkan Untuk Tatapan Umum Secara Eksklusif !!! (7 Foto)"

Post a Comment