Felixia Yeap Dapat Nama Barunya Melalui Mimpi, Bakal Peluk Islam Khamis Ini

Felixia Yeap Dapat Nama Barunya Melalui Mimpi, Bakal Peluk Islam Khamis Ini - Alhamdulillah, akhirnya Felixia Yeap bakal memeluk agama islam dan mengumumkan nama barunya pada khamis ini, katanya menerusi Harian Metro hari ini.

Katanya lagi, beliau mendapat nama Islamnya itu menerusi mimpi, Pada satu malam nama itu muncul dalam mimpi dan terkejut apabila dia boleh mengingatinya selepas bangun dari tidur.

"Saya menyangka pada mulanya nama tersebut tidak membawa apa-apa maksud, namun setelah memeriksa nama berkenaan, ternyata ianya mempunyai maksud yang indah dan baik".

Tambahnya lagi, "saya mahu menjadi seorang muslimah yang baik selepas memeluk islam dan mahu masyarakat mengambil ikhtibar kehidupan lama saya".

Gossipanas: Semoga beliau terus menjadi seorang muslimah yang baik nanti - Gossipanas.blogspot.com


0 Response to "Felixia Yeap Dapat Nama Barunya Melalui Mimpi, Bakal Peluk Islam Khamis Ini"

Post a Comment