Isteri Penumpang MH17 Sebak, Masih Tidak Dapat Menerima Kehilangan Suami

Isteri Penumpang MH17 Sebak, Masih Tidak Dapat Menerima Kehilangan Suami - Kuching: Seorang lelaki pekerja pelantar minyak yang berasal dari Bintulu dipercayai antara penumpang malang yang terkorban dalam nahas pesawat MH17.
Mangsa bernama Meling Mula, 48, dijadualkan pulang ke Bintulu semalam selepas bertugas di Vnezuela selama dua bulan.
Dia dikatakan transit di Amsterdam sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur dan seterusnya Bintulu.

Menurut isteri mangsa yang dikenali sebagai Sigut Kedit,39, dia mengetahui mengenai kejadian itu melalui abangnya dan saya masih tidak percaya dengan maklumat yang diterima.
Foto
SIGUT (baju hitam) ketika ditemui di rumahnya di Bintulu.

Katanya, dia masih belum menerima maklumat rasmi daripada MAS tetapi abangnya sudah menghubungi syarikat penerbangan itu dan mengesahkan suaminya menaiki pesawat malang itu.

Meling meninggalkan tiga anak Maryline Sindu, 18; Benedict Bana, 15, dan Gabriel, 8, lapor Harian Metro.

0 Response to "Isteri Penumpang MH17 Sebak, Masih Tidak Dapat Menerima Kehilangan Suami"

Post a Comment