MESIR – Seorang penyanyi pop Lubnan , Haifa Wehbe, 38, mengejutkan dunia Arab apabila muncul dengan pakaian mencolok mata ketika membuat persembahan dalam Akademi Bintang Arab.
Pakaiannya yang jarang itu menyebabkan lebih 2 juta penonton terkejut, sekali gus menyebabkan penyanyi itu dibanjiri dengan kritikan kerana memilih pakaian yang keterlaluan mendedahkan badan.
Kebanyakan penonton menyifatkan Haifa sudah melampau dan tidak memikirkan sensitiviti penduduk Arab.Komen-komen kritikan itu datangnya daripada kebanyakan wanita di Mesir, Jordan dan Arab Saudi.
Memang kita boleh memakai pakaian yang agak kontroversi namun tidaklah sampai ke tahap ini.. ia amat mengejutkan, kata satu kritikan yang diterima oleh penyanyi itu dalam media sosial. Malah ada yang menyarankan supaya Haifa diketemukan dengan kumpulan pejuang militan Islam (IS).
Dalam pada itu, Stesen TV Mesir, CBC yang menyiarkan rancangan Bintang Akademi itu mengemukakan permohonan maaf terhadap penampilan Haifa.
Sementara Haifa pula menyalahkan lampu pentas dengan menyatakan baju asalnya lebih sopan.Dia juga mendakwa terkejut dengan penampilannya itu selepas bajunya disinari lampu pentas.
Hosted on: kamithemedia.blogspot.com
0 Response to "Foto Fesyen Artis Zaman Sekarang Yang Sungguh Keterlaluan!"
Post a Comment