Hospital Kini Benarkan Pesakit Buat Hubungan Kelamin Atas Katil?


Pelik kan. Seorang wanita yang sarat mengandung telah ditemui melakukan hubungan seks di wad hospital namun begitu, pengurusan hospital membenarkan ‘aktiviti’ itu diteruskan . Biasala kan, kalau diikutkan orang hamil ni, dibolehkan membuat seks sebab nak memudahkan proses kelahiran.

Kejadian dilaporkan berlaku di di Hospital St Michael di Bristol . Seorang tukang cuci kelihatan terkejut apabila melihat adegan manja itu di dalam wad hospital. Dikatakan dia menyaksikan seorang wanita hamil sedang rancak melakukan hubungan suami isteri di atas katil hospital. Dia segera melaporkan kepada pihak pengurusan hospital namun reaksi sebaliknya diterima.

Menurut pihak hospital, mereka sama sekali tidak menghalang degan-adegan itu di situ . Selagi pesakit-pesakit tidak mengganggu ketenteraman pesakit lain, ia dibolehkan. Disebabkan kejadian itu, pihak hospital bakal mewujudkan papan tanda ‘tidak boleh digganggu’ tidak lama lagi.

Inilah buktinya pihak hospital menyokong apa sahaja yang pesakit buat .. Biarpun pelik, janji mereka tidak ganggu pesakit lain kan…Untungla kan… Rasanya tak pernah lagi rakyat Malaysia bertindak sebegitu… Almaklumlah,kita kan rakyat yang pemalu di dunia.. Tak gitu??? ~~ MiraAzhar/UtaraNews.com

0 Response to "Hospital Kini Benarkan Pesakit Buat Hubungan Kelamin Atas Katil?"

Post a Comment