Kemaskini BR1M 2015 Bantuan Rakyat 1Malaysia 4.0 Online

Kemaskini permohonan BR1M 2015 Bantuan Rakyat 1Malaysia 4.0 secara online. Surat arahan kemaskini BRIM bagi pemohon yang pernah menerima dan telah mendaftar BR1M akan dihantar ke alamat rumah anda. Oleh itu, penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi namun hanya perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank. Kegagalan pemohon untuk mengemaskini maklumat BRIM akan menyebabkan kesukaran untuk proses pembayaran BR1M. Bagi pemohon baru, pengguna boleh mendaftar secara dalam talian (Online) atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2015 secara percuma.
brim-2015
Kemaskini Borang Permohonan BR1M 4.0 Tahun 2015 Online
kemaskini
Terkini: Kemaskini BRIM 4.0 tahun 2015 kini sudah dibuka mulai 1 Disember 2014 sehingga 31 Disember 2014. Penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank. Pemohon sedia ada yang gagal mengemaskini BRIM 2015 akan menyebabkan permohonan gagal diproses.
Cara Kemaskini BR1M 2015 Bantuan Rakyat 1Malaysia 4.0
Sila klik atau baca: Panduan Kemaskini BR1M 4.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia 2015
Langkah Cara Kemaskini BR1M 2015 Bantuan Rakyat 1Malaysia 4.0
1. Sila klik https://ebr1m.hasil.gov.my/DefaultSemakanKeluar.aspx?m=k
2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan Anda
3. Jawab Soalan Keselamatan Soalan (Jawapan adalah berdasarkan butiran peribadi anda)
4. Kemaskini maklumat peribadi anda
5. Masukkan kod akuan pengesahan dan klik kemaskini maklumat
6. Selesai
Panduan Grafik Cara Kemaskini eBR1M 2015 Bantuan Rakyat 1Malaysia 4.0
Langkah 1: Sila layari https://ebr1m.hasil.gov.my dan klik tab kemaskini permohonan Brim.
Langkah 2: Masukkan nombor MYkad tanpa sempang (Contoh: 889909-12-8768) dan klik kemaskini permohonan
Langkah 3: Soalan keselamatan adalah sangat penting. Pastikan anda dapat menjawab soalan keselamatan dengan betul
Langkah 4:  Jika terdapat sebarang pindaan atau perubahan. Sila kemaskini maklumat peribadi anda
Langkah 5: sila masukkan kod pengesahan dan klik kemaskini untuk selesaikan proses kemaskini.
Langkah 6: Setuju dan Hantar
Langkah 7: Mesej permohonan kemaskini telah berjaya akan terpapar.
Contoh Surat Kemaskini BR1M 2015 Bantuan Rakyat 1Malaysia 4.0
kemaskini
Semakan Keputusan BR1M 4.0 Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2015
Semakan keputusan BRIM 4.0 2015 boleh dibuat mulai Bulan Januari 2015 menerusi talian Hotline BR1M 1-800-88-2716.
Tarikh Pembayaran BR1M 4.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia 2015
Pendapatan Isi Rumah dibawah RM3,000: RM950
  • Ansuran pertama: RM300 pada 28 Januari 2015
  • Ansuran kedua: RM300 pada 28 Mei 2015
  • Ansuran Ketiga:RM 350 pada 28 September 2015
Pendapatan Isi rumah bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000: RM750
  • Ansuran pertama: RM200 pada 28 Januari 2015
  • Ansuran kedua: RM200 pada 28 Mei 2015
  • Ansuran Ketiga:RM 350 pada 28 September 2015
Individu Bujang 21 tahun keatas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan:RM350
  • Pembayaran sekaligus: RM350 pada 28 Januari 2015 

0 Response to "Kemaskini BR1M 2015 Bantuan Rakyat 1Malaysia 4.0 Online"

Post a Comment