Sebagai seorang anak, kita perlulah menghormati ibu bapa kita yang telah banyak berkorban untuk kita. Hormat dalam konteks ini bukan sahaja berbuat baik kepada ibu bapa malah turut mendengar segala nasihat daripada mereka.
Kali ini penulis ingin kongsikan seorang gadis yang dengan selamba menceritakan di laman Facebook bahawa dia telah melawan cakap ayahnya. Gadis cantik ini tidak dapat menerima teguran ayahnya yang mungkin agak kasar, tapi penulis fikir, pasti ada sebab yang munasabah membuatkan ayahnya berkata sedemikian kepadanya.
Namun, sungguh malang sekali apabila gadis ini langsung tidak menghiraukan teguran tersebut malah dia bertindak membalas kembali teguran tersebut kepada ayahnya. Agak melampau tindakan anak muda ini bagi penulis.
Jika kita baru hanya setahun jagung, rasanya tidak relevan untuk kita membantah kata-kata atau teguran daripada orang tau kita yang lebih berpengalaman dari kita. Tidak mungkin mereka tidak sayangkan kita jika mereka sanggup besarkan kita sehingga mengenali dunia ini bukan?
Gambar Budak Sekolah Bercengkerama Tengah Bendang
ReplyDelete>> http://my-mediahub.blogspot.com/2014/08/gambar-budak-sekolah-bercengkerama.html