Tegur Pendakwah Ekspress, Abby Abadi Kesal Kenyataan Ustazah Dr Mashitah


Ketika berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO baru baru ini ucapan oleh Ketua Wanita UMNO Baling, Dr Mashitah Ibrahim berkaitan fenomena artis yang menjadi pendakwah agama mendapat perhatian dan ramai beranggapan kenyataan beliau seperti tidak sensitif.
Dr Mashitah menegur golongan pendakwah yang menyampaikan dakwah mereka tidak mengikut normal dengan menyanyi dan membuat lawak selain melabelkan artis yang berhijrah sebagai ustaz dan ustazah ekspress — satu kenyataan yang pukul habis.
Salah seorang yang terkesan dengan kenyataan ini pastinya Abby Abadi yang berhijrah beberapa tahun dahulu sebelum menyertai gerakan PAS dan berdakwah di atas platform mereka. Bekas artis itu kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan Dr Mashitah.
“Kesal bila beliau lebih risaukan wujudnya mereka yang berhijrah mengikut ajaran Islam sedangkan hiburan di televisyen yang semakin melalaikan beliau tidak ambil peduli. Jika berpendidikan agama beliau sepatutnya berbangga dengan penghijrahan golongan artis yang semakin ramai”
“Saya selalu mengikuti majlis ilmu yang disampaikan sama ada dalam bentuk hiburan, lawak atau sebagainya, bagi saya itu bukan satu kesalahan. Malah saya melihat lebih ramai mereka yang hadir mengikuti majlis ilmu kerana bagi mereka penyampaian tersebut memberi kesan kepada pemahaman tentang apa yang mereka ingin ketahui”
“Kalau kita tak mampu untuk mengajak orang lain kepada Islam kerana menjaga jawatan, kita tidak perlu hentikan usaha orang lain,” ujar Abby Abadi menerusi Harakah DailyRotikaya

0 Response to "Tegur Pendakwah Ekspress, Abby Abadi Kesal Kenyataan Ustazah Dr Mashitah"

Post a Comment