Baru sahaja reda gosip ‘Dynas Mokhtar Sah Sudah Bercerai‘, kini timbul pula gosip Dynas Mokhtar mempunyai hubungan dengan jejaka muda yang berumur 21 tahun. Wah! memang muda betul. Tapi kalau matang apa salahnya kan.
Namun Dynas Mokhtar tampil memberikan penjelasan mengenai kontroversi tersebut :-
“Ye ke? Tak lah, mana ada. Dia (suami) kot. Dia yang nak kahwin kot? Salah satu sebab saya mendedahkan status saya sebelum ini adalah kerana ia tidak adil untuk keluarga suami dan juga diri dia. Macam mana perempuan nak kepada dia jika orang masih ingat yang dia suami saya,” jelasnya.
“Of course saya masih single. Saya tidak dating dengan sesiapa. Saya boleh berpacaran dan mahu perkara itu tapi buat masa ini saya masih lagi solo. Selagi tidak ada cincin di jari saya, saya masih single,”Diusik mengenai sejauh mana hubungannya dengan pemenang pertandingan HIMbyHatta, Ahmad Aidit Noh memandangkan Dynas beberapa kali memuat naik gambar penuntut jurusan Kejuruteraan Pesawat itu di laman Instagram miliknya, ini jawapan Dynas.
“Kami cuma kawan dan bukan bercinta atau apa. Dia banyak kali menjadi model ketika sesi fotografi untuk butik saya. Dia juga ada berhasrat nak buat jenama sendiri, jadi dia banyak tanya kepada saya tentang selok belok perniagaan. Kami hanya berkawan dan memang tak ada apa-apa hubungan lain. Lagipun dia baru 21 tahun dan kalau boleh saya nak cari lelaki yang lebih matang,”
Pasti Dynas Mokhtar mencari pengganti yang mempunyai kewangan yang kukuh yang mampu menjadi bapa kepada anak-anaknya. Tak kan mahu pisang berbuah dua kali kan? ‘Masalah Kewangan Punca Dynas Mokhtar Bercerai Dengan Suami‘. Kalau mereka berdua mempunyai jodoh apa salahnya, lagipun Dynas Mokhtar masih single. Aak-anak pun pasti teringin mempunyai ayah lagi kan. Semoga Dynas Mokhtar bertemu dengan seseorang yang mampu menjaganya sehingga akhir hayat. sumber
0 Response to "Wajah Sebenar Ahmad Aidit Noh, Kekasih Baru Dynas Mokhtar?"
Post a Comment