Jika pembela nya dari kalangan lebai politik sering menyanggah orang lain sebagai tidak layak , tidak sesuai atau pun dalam bahasa longkang “siapa kamu mahu menegur aku” kini kelakuan itu sedang melanda Abby @ustazah segera.
Walau pun kami tengok Dr Mashita Ibrahim sebagai wakil Wanita Kedah ketika membuat usul bahas tidak menyebut nama , tapi kera kena cili memang lah terasa pedas nya.
Ketika Ustazah mee segera ini menghina 3 juta lebih orang UMNO , orang UMNO tenang dan relax sahaja.
Tetapi seperti lazim orang perasan masuk syurga tidak boleh di tegur pula.
Kita masih ingat tiap kali kepala segala ulama mereka di tegur, perkataan pertama mereka akan tanya ada lah apa kelayakan orang yang menegur dan bypass apa yang di tegur,
Kini kami pun nak tanya juga lah apa kelulusan Abby? untuk menegur kelulusan agama seperti Dr Mashita?
Jadi isteri pun gagal, kini mahu jadi Ustazah dalam kadar segera pula.
Jika dulu seorang motivator terkenal pernah berkata “ada orang tu bila dia diam nampak bodoh saje, tapi bila dia bercakap , sah bodoh nya”, nampak gaya boleh di apply kepada Abby.
Jika kelulusan dari Universiti Al Azhar seperti dr Mashita pun dipersoal oleh non graduan macam kamu nampak sangat kurang dari segi lojik dan berfikir.
Mungkin lesen masuk parti PAS sama seperti kaki mesin, mat rempit memberi kamu hak menegur orang lain agak nya,
Ketika 3 juta lebih orang UMNO melihat kerja perli dan kerja hina dari kamu atas kapasiti apa kamu bercakap? kapasiti mee segera ke?
Semua pun tahu semenjak Dr Mashita bersuara di pentas PAU 2014 maka gegaran nya menusuk jiwa kerana amat berkesan.
Malah ada pihak membuat laporan Polis kerana tidak tahan dengan kenyataan yang mengegarkan minda.
Amat pelik juga dalam pihak yang sama sekongkol dengan Abby suka kepada penghapusan akta hasutan tetapi di waktu yang sama telinga amat nipis tidak boleh menerima sedikit teguran lalu terus membuat laporan Polis hanya kerana mendengar ucapan dan ceramah.
Menuduh Dr Mashita menjual agama ada lah tuduhan berat , tapi rasa nya Dr Mashita tidak bermaksud menghina selain bermaksud menegur.
Abby juga yang seronok menibai orang UMNO sana sini sebelum Allah timpa bala kepada hal kekeluargaan dimana di dedah kan kepada orang ramai berkenaan hal dalam kain dengan keperibadian buruk kepada bekas suami,
Jadi jika boleh rasa bebas dan hak menibai sana sini kena lah juga bermain atas pentas yang sama , walau pun nama Abby tidak di sebut, Abby juga yang terasa mungkin atas sifat betul nya teguran itu sekali gus menempelak Abby yang sedang di buai bau syurga.
Apa pula komen agama Abby berkenaan juak juak PAS yang suka membuka kisah orang lain seperti siarkan gambar Dr mahsita dengan kaption menghina?
Mungkin yang ada cuma komen politik,, kerana Abby masuk PAS bukan keranqa agama pun, tetapi kerana politik sama lah juga dengan orang habis tempoh dalam UMNO dan mereka yang tiada ruang dalam UMNO dan sikit pun bukan kerana agama. sumber
0 Response to "Apabila Ustazah Mee Segera Buat Kenyataan Segera !!!"
Post a Comment