Kisah pergolakan rumah tangga pelakon dan penyanyi, Ieda Moin bukan lagi rahsia.  Menerusi sebuah akhbar online, Ieda mengakui cerita yang dia telah hadir ke Mahkamah Syariah Jalan Duta pada pagi 2 Disember lalu bagi proses perceraian bersama suaminya.
 
Ketika dihubungi Media Hiburan Online sebentar tadi, Ieda tidak menafikan hal tersebut.  Malah, menerusi pesanan mesej di Whatsapp, Ieda mohon didoakan yang terbaik.
 
"Belum cerai, tapi saya tak nak komen apa-apa buat masa ini.  Saya bukan tak nak kongsi, tapi saya takut.  Saya sendiri pun belum membaca apa yang disiarkan.  Doakan yang terbaik buat saya.  Kalau sudah bersedia, saya akan kongsi.  Jangan risau, saya OK," ujar Ieda.
 
Untuk rekod, Ieda telah mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Naquib Idris sejak lapan tahun lalu.  Hasil perkahwinan tersebut, mereka telah dikurniakan cahaya mata, Nur Dhia Dania, yang kini berusia enam tahun. Media Hiburan