Sekadar gambar hiasan |
Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 9.
Perkahwinan seumpama ini Hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak "pregnant luar nikah", cepat cepat dikahwinkan.
Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zin@ sampai bila-bila... Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ianya amat penting:
Soalan 1: Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?
Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.
Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.
Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?
Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakan ayah kepada bayi yang dikandung itu.
Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?
Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi,secara sah.
Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah.
Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.
Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?
Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.
Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim Dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?
Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera Dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.
Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?
Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.
Kesimpulannya: Ibubapa, saudaramara, org2 kampung, tok2 imam, tok2 kadi Dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab Dan seksaan samada didunia atau pun diakhirat...
Tolong jangan abaikan text ini. Ini merupakan satu perkara yang serious jadi, fahami Dan dalami betul-betul Dan bincanglah dengan Imam/ustaz sekiranya perlu.
Mafhumnya: Katakanlah: 'Sesungguhnya sembahyangku Dan ibadatku, hidupku Dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara Dan mentadbirkan sekalian alam...
USTAZ ROSLI AL HAFIZ
Salah kenyataan tu.. ade syarat untuk menikah dengan wanita yang telah hamil kandungan anak luar nikah dengan bapa kepada anaknya dengan syarat usia kandunagn kurang daripada 6 bulan(kurang pasti, kena rujuk pendapat yg lebih arif).Jangan memandai-mandai meletak hukum kalau tak pasti.. kena rujuk betul2 dulu sebelum keluar kenyataan. Kalau nak jadi ahli agama jangan pakai cedoknya kena pergi kelas dan membuat banyak rujukan.
ReplyDeletelain mazhab la abeyyyy.... tapi seeloknya jgn..
DeleteBetul tu. Jgn nak memandai.
ReplyDeleteIslam itu memudahkan,,ada byk mazhab yg beri pendapat dlm soal ni,,,jgn menyusahkan org,,,menutup aib org tu adalah perlu,,,
ReplyDeleteitu untuk mazhab Hambali ngan Maliki... untuk mazhab Syafie dan Hanafi sah perkahwinan
ReplyDeletehttps://www.youtube.com/watch?v=EaZsNYQbbnc
jawapan ader dalam video tuh...
soalan 3,4,5 tu jawapan x btol.sape yg kasi jawapan ni..biar aku sekolah kan die..kalau org berilmu bukan mcm tu jawabnye..susahkan orang je..haih..
ReplyDeleteCuba rujuk balik apa syarat sah menikah...
ReplyDeleteUstat Internet@Google.......kalau nak mengaji@bertanya tanya ustadz bertauliah yang ada ilmu dengan jelas......jangan pandai2 je.....Allah maha pengampun lagi mengasihani......dan maha mengetahui.....
ReplyDeleteai sape x stuju dgn kenyataan ni penah buat ke sebelum nikah? biar la statement macam ni . nnt biar orang takut nak berzina sebelum kawen. baru tahu sebab apa Allah xkasi bersekedudukan sebelum kahwin
ReplyDeleteMmg hukum berzina tu haram.. jelas dlm al-Quran.. tp, matlamat x menghalalkan cara.. dlm mzhab shafie n hanafi,sah perkahwinan tu, ustaz cedok kat dlm artikel ni ikut pndpt mzhb maliki n hanbali.. sila rujuk kitab feqah n belajar dgn guru yg btl, bukan main cedok n sebar ja benda2 yg salah..
DeleteFatwa mane yg bg knyataan ni?kenape ia jd tdak sah?sbb ape tdak sah??kerana kerana kerana...tiada perkataan kerana dlm teks kt ats tu..
ReplyDeletebtl..kne check btl2 mazhab..ada byk khilaf ulama' jgk.sy pernah dgr perbincangan tntg topic ni d tv..perkahwinan adalah dibenarkan demi menjaga maruah n kebajikan perempuan y mengandung itu jg.islam bkn agama y zalim
ReplyDelete