Percaya Tak, Antara Punca Kalah Sebab Tak Dengar Nasihat Afdlin!

 

Sudah adat pertandingan, pasti ada yang kalah dan menang.

Permainan Thailand tak dinafikan memang bagus, jadi janganlah kekalahan negara dijadikan pula bahan untuk membelasah pemain negara yang sudah berhempas pulas.. ok?
Cuma sayang seribu kali sayang! Salah satu ramuan untuk menang sebenarnya sudah diketahui di saat akhir, cuma tak sempat diimplemen. Kalau tak, mesti Dollah Salleh dah merasa bawak naik Piala AFF Suzuki dalam kereta dia malam tadi..
Sebelum itu, bagi pembaca akhbar Sinar Harian edisi Sabtu, yang telah membaca satu artikel memaparkan gambar besar Afdlin Shauki tu, pasti anda tergelak besar bukan? Tapi jika difikirkan dalam-dalam, Afdlin dan wartawan Sinar tu sebenarnya hanya bersikap sarkastik dan bukanlah melalut tak tentu arah.
Memang betul pun, formula disarankan Afdlin itulah antara ubat kuat yang tak sempat diberikan pada pasukan kita sebelum bertemu Thailand. Kalau tak, mungkin kita dah menang dah tahun ni!
Bagi yang tak faham apa yang kami maksudkan, di sini kami kongsikan artikel Sinar Harian yang bernas walaupun dikupas dalam keadaan santai oleh wartawannya:
TERPULANG kepada anda menilai ini sebagai gurauan ataupun satu tawaran yang serius.
Pengarah dan pelakon terkenal, Afdlin Shauki ketika bercakap kepada Sinar Harian petang semalam, mengaku sedia melatih skuad Harimau Malaya.
Apakah ini bermakna Afdlin mahu mengambil alih tempat Dollah Salleh?
“Tidak. Saya bukan jurulatih taktikal bola sepak tetapi jurulatih lakonan. Saya mahu ajar pemain Harimau Malaya bagaimana mahu baiki mutu lakonan ketika beraksi di padang,” katanya.
Sebagaimana peminat Harimau Malaya lain, Afdlin mengaku, daripada pengamatannya, pemain skuad negara tidak pandai berlakon ataupun sememangnya tidak mahu berlakon seperti kebanyakan pemain pasukan negara lain, termasuk Thailand yang akan jadi seteru mereka pada pertembungan final kedua Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.
“Saya sendiri boleh ajar. Tak payah hantar ke kelas lakonan. Saya boleh tunjuk sebab saya sendiri pun minat bola,” kata penyokong tegar Liverpool itu.
Ditanya mengenai tempoh, bagi Afdlin, sebulan memadai.
Tempoh itu kata Afdlin, cukup untuk dia menurunkan ilmu yang boleh menyebabkan lakonan pemain bola sepak dipercayai dan mempengaruhi pengadil.
Afdlin berkata demikian ketika ditanya mengenai tahap ‘lakonan’ pemain bola sepak negara berbanding pasukan lawan yang akan mereka temui malam ini yang begitu ketara kualiti persembahan mereka ketika final pertama di Bangkok lalu.
Haa, dah baca.. dah tonton video di atas.. rasa-rasa ada kebenaran tak di sebalik komen pengarah terkenal Afdlin Shauki dan Mamat Khalid tu?
Tak apalah, tahun ni kira dapat masuk final Piala AFF Suzuki pun kita bersyukur sangat dah.
Tapi tahun akan datang, sebelum hantar pemain kita beraksi di mana-mana kejohanan bola sepak peringkat antarabangsa, kami sarankan hantar je dulu pemain pada Afdlin selama sebulan untuk mengikuti kelas lakonan macam disarankannya tu.. kemudian kita sama-sama tengok hasilnya.
Sebagai projek perintis, mungkin Dato’ Ong Kim Swee boleh mulakan dulu dengan menghantar barisan Harimau Muda yang dipilihnya untuk beraksi di Sukan SEA 2015 di Singapura tahun depan.. amacam? – MYNEWSHUB.CC
Oleh: REM RAMZI (memetik Sinar Harian)

0 Response to "Percaya Tak, Antara Punca Kalah Sebab Tak Dengar Nasihat Afdlin!"

Post a Comment