WOW… Biar Betul Tasha Shila Antara 10 Artis Jadi ‘Escort Girl’?

INGAT lagi tak, bulan lalu kami ada menyiarkan tentang pihak polis sedang menyiasat 10 gadis selebriti yang menjadi ‘Escort Girl’ dengan bayaran RM3,000 hingga RM10,000?
Peliknya, tup-tup nama pelakon jelita, Tasha Shilla menjadi sebutan dan dikaitkan antara 10 gadis Escort Girl tersebut.
Saya-Tidak-Bercinta-Dengan-Peninju-Muay-Thai-Tasha-Shilla-2
Apa lagi, menerusi siaran Melodi semalam pelakon drama ‘Nasuha’ ini nyata terkejut apabila ditanyakan perihal isu ini.
Menerusi temu bual itu, Tasha memberitahu perkara ini telah mencemarkan namanya dan dia tidak teragak-agak untuk menggunakan khidmat peguam dalam hal ini.
Yela, siapa yang tak bengang kan bila mendapat tuduhan melulu sebegini.
Tasha Shila juga turut memohon agar semua pihak menghentikan menabur fitnah terhadap dirinya kerana boleh mendatangkan dosa kering sahaja kepada mereka.
83-Tasha-Shilla-Tidak-Kisah-Jika-Kekasih-Bertatu-ROTIKAYA

Ermm… Kami sendiri tidak dapat memastikan kebenaran penglibatan Tasha Shila dalam kes ini, tetapi jika difikir-fikirkan, “tiada angin takkan pokok boleh bergoyang” kan?
Namun, Tasha menjawab dan menegaskan, “pokok pun boleh bergoyang kalau orang yang goyangkan”.
Haaa.. Dalam sungguh sindiran Tasha kepada pihak-pihak yang membuat fitnah kepadanya ini.
Apa pun, banyak-banyakkan bersabar la dik…. Kalau tak salah, buat apa nak takut. Ye dak? – MYNEWSHUB.CC
Video Temu Bual Bersama Tasha Shila


1 Response to "WOW… Biar Betul Tasha Shila Antara 10 Artis Jadi ‘Escort Girl’?"

  1. Hentikan Memanaskan Enjin Kenderaan Awal Pagi !
    Nak tahu kenapa?, tengok gambar ini.
    >> Klik untuk lihat gambar>> GAMBAR

    ReplyDelete