Aksi ghairah Chika letak kepala di payu dara jadi kritikan

Jakarta: Selebriti Indonesia kelahiran Bandung, Chika Jessica mencetuskan polemik dalam kalangan pelayar Internet selepas dia memuat naik gambarnya meletakkan kepala pada dada seorang daripada anggota Duo Serigala.

Kelihatan selesa di dada Ovi Sovianti, Chika mengiringi gambar Instagram itu dengan catatan: “Di situ kadang-kadang saya berasa sedih.”

Dalam gambar sama, Ovi dan Pamela Safitri pula kelihatan begitu anggun dan tidak teragak-agak menonjolkan aset yang mempopularkan mereka di khalayak ramai.

Pemilik akaun audreykimy menulis: “Astaga, apa bagusnya mempamer begitu? Suaranya tak seberapa, tetapi yang dipentingkan, goyangan. Itukah Indonesia perlukan???”.

Pasangan Pamela dan Ovi adalah artis baru yang memilih genre dangdut untuk menjadi penghibur.

Bagaimanapun, berbanding suara, pasangan Serigala itu lebih dikenali kerana aksi mereka yang mengghairahkan.

0 Response to "Aksi ghairah Chika letak kepala di payu dara jadi kritikan"

Post a Comment