VIDEO: Wanita OKU Cantik Tunjuk Cara Urus Diri



KITA pasti tertanya-tanya bagaimana caranya seseorang yang kurang upaya menguruskan kehidupan seharian mereka.
Walaupun pergerakan agak terbatas tapi kekurangan itu tidak jadi penghalang buat seorang wanita ini berkongsikan cara-cara dia menguruskan penampilan dirinya setiap hari.
Manon Slomkowski terlibat dalam satu kemalangan di Paris tahun lalu, sehingga meninggalkan kecederaan kekal di mana tangan kirinya lumpuh sama sekali.
Tidak mahu terus meratapi nasib malangnya, wanita jelita ini akhirnya menerima takdir yang sudah tertulis.
“Saya tidak suka mengharapkan pertolongan orang lain jadi atas inisiatif itu saya cuba melakukan segala perkara dengan usaha sendiri,” katanya.
Video yang dimuatnaik Manon pada 2 Mac lalu ini, diharapkan membuka mata kita semua kebenaran pepatah ‘nak seribu daya, tak mahu seribu dalih’.
- MYNEWSHUB.CC

0 Response to "VIDEO: Wanita OKU Cantik Tunjuk Cara Urus Diri"

Post a Comment