15 Gambar Kisah Pesakit HIV Tinggal Tulang Terbiar Sebatang Kara Di Flat Desa Mutiara, Damansara

koli
[15 Gambar] Pesakit HIV Tinggal Tulang Terbiar Sebatang Kara|Seorang lelaki “Jihan”yang juga positif HIV ditemukan dengan keadaan yang sangat memilukan di flat desa muatiara di sini semalam setelah mendapat aduan dari penghuni flat tersebut.
Mengutip laporan My metro dalam artikel bertajuk “Tinggal tuang saja” yang di siar pada jumaat lalu ,Zariman Md Zain, 25, penghuni Flat Desa Mutiara tersebut mengatakan keadaan tubuh jirannya yang berusia 40-an tiada beza seperti mayat hidup kerana hanya tinggal tulang dan kulit.
Menurutnya, sejak setahun lalu, Jihan  tinggal sebatang kara biarpun sebelum ini lelaki berkenaan dijaga ibunya.
“Memang kehadiran Ian menjejaskan keselesaan penduduk apabila keadaannya terbiar, berbau dan kediamannya kelihatan seperti tidak berpenghuni kerana sampah di merata-rata tempat.katanya.
10313006_851921664916664_6953869088822425664_n
Mana kala Steven Choong yang membuat aduan mengatakan sebelumnya dia telah membuat panggilan kepada Jabatan kesihatan johor namun gagal di hubungi.
Kemudian beliua mengambil keputusan untuk memaklumkan facebook jabatan kesihatan negeri johor Untuk mendapat bantuan segera.
“Mohon pesakit penduduk yang kena penyakit AID ini ditempatkan di Pusat Penjagaan Kebajikan serta merta kerana keselesaan penduduk amat terganggu dengan bau busuk najis dan bunyi bising jeritan daripada pesakit ini.
Waris dia, pihak jiran dah cuba sedaya mungkin kesan tapi gagal. Dia tinggal seorang diri di unit 02-16, Blok 14, Taman Desa Mutiara, JB. Dia dah tidak boleh uruskan diri sendiri. Dia pun dah tak boleh makan minum sendiri. Jiran nak bagi makan pun dah takut sekarang.
Jiran-jiran amat khuatir penyakit berjangkit lain (jika ada) berjangkit kpd jirannya.
Harap Jabatan Kesihatan akan bertindak segera. Sekian terima kasih.
Yang benar,
Steven Choong (Ketua Pusat Aduan Parti Keadilan Rakyat Tebrau)”.
Saya berharap ada kawan yang kenal orang tertentu di dalam Jabatan Kesihatan Negeri Johor boleh sampaikan permohonan penduduk-penduduk Blok 14, Taman Desa Mutiara kepada beliau.

Bagaimana pun salah seorang penduduk flat tersebut merasa terkilan apabilan mendapat reaksi dalam kalangan pengguna media sosial yang seolah menggambarkan mereka mengabaikan tanggung jawab sebagai jiran.
Sementara itu, seorang penduduk, Rosle Abd Rashid berkata, sebelum ini, ada penduduk yang turut membantu pesakit itu untuk mendapatkan rawatan di hospital berhampiran, namun selepas selesai rawatan, dia pulang ke rumah berkenaan.
Pihaknya berharap ada pihak yang membantu membersihkan kediaman pesakit itu selain menawarkan rawatan kepadanya.
“Kami juga berharap tiada pihak yang menyebarkan kisah yang kurang tepat berkaitan Ian kerana ia menyinggung perasaan jiran biarpun selama ini, kami mengambil berat mengenai lelaki itu,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, Datuk Ayub Rahmat berkata, pihaknya masih berusaha bagi mengesan ibu lelaki berkenaan.
“Kami juga akan memantau keadaan lelaki berkenaan serta menghantar kakitangan perubatan untuk memeriksa tahap kesihatannya.
“Dalam masa sama juga saya mengingatkan jiran yang membantu lelaki itu supaya berhati-hati bagi mengelak mereka dijangkiti. Bagaimanapun sikap mereka itu amat terpuji,” katanya.
Gambar Jihan Pesakit HIV yang di temui oleh kaki tangan perubatan Dan dibawa kepusat jagaan
12472560_1174206995936598_9100620918079365527_n
12718089_851923984916432_7981194938165363503_n
12932773_851924464916384_3270202913891431688_n
12932773_851924718249692_841663282811919998_n
12932845_1174206875936610_6276604620550024027_n
12919708_851921674916663_5855760438341019535_n (1)
12376850_851924664916364_5233272349266934199_n
12924621_851923814916449_1666692035531536602_n
12924621_851923814916449_1666692035531536602_n
12495133_851921798249984_7884652795697116861_n
12932743_851923694916461_8368761260292248758_n
KABIN PPTDM :Persatuan Penduduk Taman Desa Mutiara,JB
Hari ini pihak kami dengan bantuan En. Steven Choong Shiau Yoon telah mengadakan sidang akhbar. Tujuan dan matlamat kami sekadar mahu membantu pesakit ini untuk menerima pembelaan yang sewajarnya.
Kami tiada niat untuk mengaibkan pesakit tapi menuntut pembelaan sewajarnya. Beliau adalah insan sama seperti kita.
Justeru itu, saya mohon pihak EXCO Kesihatan Kerajaan Negeri Johor atau Menteri Kesihatan Kerajaan Malaysia buat sesuatu sepertimana slogan yang sering dilaungkan
RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
JANJI DITEPATI
Kami PPTDM sentiasa menunggu dan ingin benar mendengar perkhabaran yang mengembirakan semua pihak.

0 Response to "15 Gambar Kisah Pesakit HIV Tinggal Tulang Terbiar Sebatang Kara Di Flat Desa Mutiara, Damansara"

Post a Comment