Detik-Detik Hitam Pelajar Perempuan Berusia 9 Tahun Dicabul, Dicium Di Slim River


Lagi kes culik kanak-kanak! Seorang pelajar perempuan berusia 9 tahun menempuh detik mencemaskan apabila diculik di sebuah stesen bas di Slim River sebelum di dicabul di kawasan kuburan cina di jalan Slim Lama, lapor Harian Metro hari ini.

Mangsa didekati oleh seorang lelaki berusia 57 tahun dan berpura-pura bertanya mahu beli buku sebelum mengajak pelajar tersebut menaiki keretanya.

Suspek kemudian memberhentikan keretanya dekat kuburan cina tersebut kemudian cuba mencium dan mencabul kanak-kanak tersebut.

Bapa mangsa yang mengetahui kejadian tersebut melalui seorang lagi anak perempuannya yang melihat kejadian itu telah membuat laporan polis.

Lelaki tersebut akhirnya dapat diberkas dalam satu sekatan polis dan kesnya bakal disiasat mengikut kanun keseksaan 363 dan  354 kerana mencabul dan menculik - Gossipanas.blogspot.com

0 Response to "Detik-Detik Hitam Pelajar Perempuan Berusia 9 Tahun Dicabul, Dicium Di Slim River"

Post a Comment