Muhammad Firdaus Dullah Hanya Tahu Sebut Tiga Ayat


Sah di ABAIKAN! kesian sungguh kami melihat gambar lelaki OKU ini. Menurut laporan terkini Harian Metro sebentar tadi, memang sah lelaki ini diabaikan oleh ibunya sendiri. Apakah jadah semua ini??? ibu sendiri sanggup membiarkan anak kelaparan dan kering serta dikurung macam binatang. Kucing pun sayangkan anaknya...

Selain itu, lelaki ini yang dikenali sebagai Muhammad Firdaus Dullah, hanya tahu menggunakan tiga ayat sahaja iaitu ibu, ummi dan mama dalam percakapannya seharian walaupun sudah berusia 15 tahun berdasarkan pendedahan sendiri oleh pengarah hospital Tuanku Jaafar Seremban, Datuk Jaafar Che Mat pada sidang media semasa memberitahu tahap kesihatan terkini lelaki berkenaan.

Melalui pemeriksaan kesihatan yang dilakukan oleh pihak hospital berkenaan, lelaki OKU berkenaan mungkin tidak makan beberapa bulan lamanya atau tidak diberi makanan yang sepatutnya. Difahamkan beratnya ketika ditemui hanya 15 kilogram dan kini dia sedang diberikan makanan berkasihat untuk menaikkan berat badannya serta ubat-ubatan.

Gossipanas: semoga adik Firdaus Dullah cepat sembuh dan kembali sihat seperti sebelum ini dan dapat menjalani kehidupan yang normal. Kami percaya adik ini kuat semangatnya!

- Gossipanas.blogspot.com

1 Response to "Muhammad Firdaus Dullah Hanya Tahu Sebut Tiga Ayat"