Tahniah! Scha Al Yahya & Awal Ashaari Timang Bayi Perempuan


Tahniah Gossipanas Ucapkan! Menerusi Program H!Live beberapa hari yang lepas, kami difahamkan isteri kepada Awal Ashaari, Scha Al Yahya bakal menimang seorang bayi perempuan tidak lama lagi. 

Scha kini sarat mengandung 7 bulan dan beliau dijangka akan melahirkan cahaya mata pada penghujung bulan julai atau ogos nanti. 

Pastinya ini berita gembira buat semua peminat pasangan ini lebih-lebih lagi kepada mereka berdua. Apa yang menarik, kelahiran bayi mereka nanti turut disiarkan dalam satu program televisyen khas. Sebelum ini Awal dan Scha telah mengadakan satu majlis kesyukuran sempena kehamilan tersebut.

Semoga semuanya akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan nanti. Tahniah sekali lagi diucapkan - Gossipanas.blogspot.com

P/S: Jika anda menyukai artikel ini, jangan lupa tekan butang share di bawah.

0 Response to "Tahniah! Scha Al Yahya & Awal Ashaari Timang Bayi Perempuan"

Post a Comment