INFO ISLAM- Hukum Mengeluarkan Air Mani Di Luar Rahim


Persoalan : Saya dan suami saya merancang keluarga dengan cara mengeluarkan air mani di luar rahim. Apakah ini tidak dianggap menolak kurniaan Allah, atau membunuh benih yang boleh menjadi bayi kelak?.

Jawapan:

Perbuatan mengeluarkan air mani diluar rahim ketika melakukan hubungan intim dinamakan ‘azal. Ia selalunya dilakukan bagi mengelak dari hamil. Hal ini berlaku sejak zaman Nabi s.a.w lagi.

Sehingga al-Imam Ibn ‘Abd al-Barr (wafat 463H) berkata: “Tiada khilaf di kalangan ulama bahawa tidak boleh dilakukan ‘azal dengan isteri yang merdeka melainkan setelah mendapat keizinannya.

Ini kerana persetubuhan adalah daripada haknya” 

“Kami melakukan ‘azal pada zaman Nabi s.a.w. dan Al-Quran sedang turun” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Mereka melakukan perkara itu pada zaman Nabi s.a.w iaitu masa al-Quran masih diturunkan tetapi mereka tidak pun dilarang oleh al-Quran.

Maka dengan ini mengeluarkan air mani di luar rahim adalah diharuskan untuk mengelakkan mengandung.


0 Response to "INFO ISLAM- Hukum Mengeluarkan Air Mani Di Luar Rahim"

Post a Comment