Gambar: 30 Rumah Rosak Puting Beliung Landa Pandamaran


Gambar: 30 Rumah Rosak Puting Beliung Landa Pandamaran - PELABUHAN KLANG: Kira-kira 30 rumah di Pandamaran, di sini, dilapor mengalami kerosakan selepas dilanda ribut dan angin kencang, petang tadi.

Lihat di sini Gambar: 30 Rumah Rosak Puting Beliung Landa Pandamaran

Kejadian kira-kira jam 2 petang itu membabitkan dua blok pangsapuri Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Pandamaran Jaya.

Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK), Lee Fu Hae, berkata dalam tempoh hanya 30 minit beberapa kawasan terutama di Jalan Banting dan Jalan Besar Pandamaran mengalami kerosakan teruk akibat ribut berkenaan, termasuk pokok tumbang dan rumah rosak.

Katanya, ribut berkenaan kelihatan seperti puting beliung kecil sehingga kekuatannya menerbangkan atap rumah terutama di bangunan tinggi. Bharian Online *Gambar hiasan

0 Response to "Gambar: 30 Rumah Rosak Puting Beliung Landa Pandamaran"

Post a Comment