Gambar: Aksi Romantik Farid Kamil Peluk Nora Danish Dalam Filem Anak Jantan


Gambar: Aksi Romantik Farid Kamil Peluk Nora Danish Dalam Filem Anak Jantan - JIKA sebelum ini, pelakon Diana Danielle menimbulkan kontroversi apabila dikatakan cemburu melihat gandingan suaminya, Farid Kamil dengan aktres comel Nora Danish, tapi kini api cemburunya mungkin sudah boleh dikawal.

Ini kerana menurut Farid, isterinya itu kini sudah memahami dan lebih profesional apabila melibatkan gandingannya dengan mana-mana heroin.

“Dia (Diana) sudah profesional, faham dan dia sendiri tidak sabar menantikan malam gala Anak Jantan kerana mahu menonton filem ini,” katanya memetik Sinar Online.

Menerusi filem Anak Jantan, Farid sekali lagi bergandingan dengan Nora selain pelakon lain antaranya Qi Razali dan Bront Palarae.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Anak Jantan’ Tiada Kaitan Aktiviti Pengganas

Anak Jantan arahan Faizul A Rashid akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 30 Oktober ini. - MYNEWSHUB.CC

0 Response to "Gambar: Aksi Romantik Farid Kamil Peluk Nora Danish Dalam Filem Anak Jantan"

Post a Comment