Rumah Nenek Tempat Pemuas Nafsu Gadis 15 Tahun



REMBAU – Angkara nafsu, seorang lelaki sanggup mengugut gadis berusia 15 tahun untuk melakukan hubungan seks dengannya buat pertama kali selain mengugut untuk menggunakan kekerasan sekiranya perkara berkenaan terbongkar.

Bagaimanapun, gadis yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini, akhirnya nekad untuk membuat laporan polis pada 13 Mei lalu setelah beberapa hari insiden keji berkenaan berlaku.

Jurucakap polis berkata, kejadian berkenaan berlaku di rumah nenek mangsa sendiri di Kampung Batu Hampar, dekat sini kira-kira 2 pagi pada 8 Mei lalu.

Menurutnya, ketika kejadian dipercayai tiada sesiapa berada di rumah berkenaan.

“Gadis itu dipaksa oleh lelaki yang dikenalinya itu untuk melakukan hubungan intim.

“Malah, lelaki itu juga dengan beraninya mengugut untuk memberitahu keluarga mangsa sekiranya kemahuannya tidak dipenuhi,” katanya.

Katanya, disebabkan keliru dengan ugutan berkenaan, mangsa yang ketakutan terpaksa memenuhi permintaan keji lelaki berusia 19 tahun itu.

“Lelaki berkenaan dipercayai tidak mempunyai pekerjaan tetap dan hanya bekerja mengikut kenalan sahaja,” katanya dekat sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan bagi kesalahan rogol.

“Suspek kini sudah ditahan pada hari yang sama laporan dibuat oleh mangsa,” katanya.

0 Response to "Rumah Nenek Tempat Pemuas Nafsu Gadis 15 Tahun"

Post a Comment