Eina Azman Jawab Tuduhan Parking Kereta Chevrolet Camaronya Di Stesen Minyak

eina azman
Semalam nama Eina Azman dan suaminya begitu hangat diperkatakan. Mana tidaknya, ada tuduhan yang menyatakan pasangan suami ini telah meletakkan kereta mereka di pam minyak dan seterusnya menjamu selera di kedai makan Subway di sebuah stesen minyak. Kalau benar ia dilakukan, memang ia satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab. Iyerlah, kalau parking kat pam minyak, kenalah kejap-kejap je sebab orang lain pun nak guna.
Kecewa dengan tuduhan tidak berasas tersebut, Eina Azman tampil menerusi akaun Instagramnya untuk menjelaskan keadaan. Kata Eina:-
Salam semua… Ni ada lah sedikit comment2 postif dari peminat eina yang send di email.. Eina malas nak comment panjang. Pada yang tak tau tu tolong lah jangan tokok tambah… Eina cuma nak tanya 1 soalan saja “pernah Tak anda nak pergi isi minyak lps tu masuk dlm beli makanan”?? Terima kasih lah pada semua yang mengata dan menghina saya dan suami… Semoga Allah merahmati kamu semua.
eina azmanBerdasarkan penerangan Eina Azman, perkara tersebut seharusnya tidak menjadi masalah. Abang Nara pun kadang-kadang sambil isi minyak pergi masuk kedai Mesra PETRONAS untuk beli jajan. 5 minit dah boleh siap segala pembelian. Jadi tuduhan ini adalah tidak berasas sama sekali. Mungkin pihak yang membuat tuduhan ini cemburu dengan kehebatan kereta Chevrolet Camaro milik Eina Azman dan suami. Tak gitu? Apa pendapat anda? Sumber

1 Response to "Eina Azman Jawab Tuduhan Parking Kereta Chevrolet Camaronya Di Stesen Minyak"