'Saya Tekad Kembali Dangdut Selepas Tiga Kali Solat Istikhoroh' -Amelina

Keyakinan ratu dangdut Amelina, 40, mahu muncul kembali dalam dunia hiburan timbul selepas tiga kali dia melakukan solat istikharah.

Memetik kenyataan di mStar online, penyanyi yang cukup popular dengan lagu Asyik ini berkata, selepas 15 tahun menghilangkan diri, ini adalah masa yang sesuai dan tepat untuk menyanyi semula.

"Saya sudah lama memikirkan untuk kembali semula sebagai penyanyi namun banyak perkara yang saya fikirkan membantutkan usaha itu.

"Sehingga saya buat tiga kaki solat istikharah, barulah saya dapat jalan dan keyakinan untuk teruskan niat ini pada masa yang sangat sesuai," tekadnya.

Amelina juga memberitahu keputusan itu disokong oleh ibu dan enam orang anaknya. Bagaimanapun, Amelina berkata, kemunculan kali ini membawa imej yang bersesuaian dengan umur dan statusnya sebagai seorang ibu.

"Saya akan tampil dengan gaya baru yang tidak terlalu seksi kerana perlu menjaga maruah anak-anak yang semakin membesar serta ibu.

"Lagi pula saya dikenali tanpa tarian seksi atau gelek, jadi tiada masalah tentang tarian kerana orang hanya ingin dengan lagu dan suara saya sahaja," ujarnya - www.malaysiandigest.com


0 Response to "'Saya Tekad Kembali Dangdut Selepas Tiga Kali Solat Istikhoroh' -Amelina"

Post a Comment