Cikgu Wanita Terkejut Dapat Mesej Liar Dari Anak Murid !!!

"Rindu te-tek cikgu”

Itulah mesej yang diterima oleh seorang guru wanita dari pelajar lelaki yang viral di laman Facebook hari ini.

Gambar yang dimuat naik oleh seorang rakan kepada guru terbabit di laman Facebook tersebar dan mengundang pelbagai reaksi dari netizen yang terkejut dengan mesej pelajar tersebut.

Namun, rata-rata netizen juga menunding jari terhadap sesetengah guru wanita yang dilihat gemar berpakaian mencolok mata sehingga menimbulkan perkara-perkara yang tidak diingini terutamanya di kalangan pelajar lelaki. 


Menurut Reza Shamsudin, “Kalau umurnya darjah 1, 2, 3, 4 bagi mesej macam ini, saya rasa bukan salah pelajar ini. Sememangnya cikgu dia ‘menjamu’ bentuk badannya yang mengg-iurkan bagi pelajar-pelajarnya,” katanya.

Tidak kurang juga ada yang mendakwa, sesetengah guru wanita terlalu bergaya sehingga melanggar etika pakaian penjawat awam. 

Apa pandangan anda? - MY MEDIA HUB



1 Response to "Cikgu Wanita Terkejut Dapat Mesej Liar Dari Anak Murid !!!"