Penjelasan Sebenar Esther Yeam Isu Kutuk Bau Mulut Orang Berpuasa Di Facebook




Sejak akhir-akhir ini semakin banyak kes isu penghinaan terhadap agama Islam dilakukan.

Terbaru menerusi portal mynewshub, status Facebook seorang ‘amoi’ yang dikatakan telah menghina ibadah puasa heboh diperkatakan di facebook.

Status kontroversi tersebut berbunyi:

“My advice to people yang akan berpuasa tidak lama nanti. Your really need to take this advice into consideration.

Saya cadangkan kamu semua makan chewing gum semasa berpuasa kerana kalau tidak buat macam itu, nafas kamu sangat berbau dan sangat menganggu orang sekitar.

Sangat mengarut mengikut ajaran agama sehingga menyusahkan orang sekitar. Nonsense.”

Tersebarnya status amoi ini telah menimbulkan kemarahan masyarakat Islam hingga ramai yang bertindak menjejak amoi tersebut bagi memberikan ‘kata-kata nasihat’.

Melalui pemerhatian Gossipanas, ramai yang bertindak mengikut perasaan dan memaki hamun gadis cina tersebut.

Islam sepatutnya mengajar umatnya supaya lebih bersabar dan tidak mudah mengikut nafsu amarah.
Sepatutnya siasat dahulu setiap berita yang dibaca sebelum bertindak agresif.

Contohnya seperti kes sebegini, amoi yang dikenali sebagai Esther Yeam telah membuat laporan kepada pihak polis serta SKMM bahawa dia tidak pernah memuat naik status tersebut.

Dia percaya gambar dan profil palsu fb yang menyamar sebagai dirinya telah disalahgunakan oleh individu yang tidak bertanggungjawab untuk menjatuhkan maruahnya
.
Justeru, Esther memohon supaya dia dan keluarga tidak diganggu lagi.

Melalui komen sahabat2 Esther di Facebooknya juga mengatakan mereka tidak percaya dia berani melakukannya.

Apapun, laporan polis sudahpun dibuat dan kita tunggu sajalah apa keputusannya nanti. Jikalau benar ada pihak tertentu yang terlibat maka orang terbabit adalah sejahat-jahat manusia sebab sudahlah menghina Islam, dianiaya pula orang lain bagi memikul akibat perbuatannya itu.

0 Response to "Penjelasan Sebenar Esther Yeam Isu Kutuk Bau Mulut Orang Berpuasa Di Facebook"

Post a Comment